Monday 25 July 2011

EveRyThiNg AbouT.........

It's aLL aBoUt tUrqUoIsE........ 


 Malas nak edit...kantoi amek kat website ssf pic nie...hihi
 CuTe CupCaKe.. :)

 Comel x handbag nie???
 ish...geram tgk bedsheet ni...comel sngt!!




 sEdapnye...........


 naaaaakkk JuGak....... :p




Comel taaakkkk!!!?????

~ TURQUOISE ~ :)

Warna y sngt sweet... 















Pagi td (26 July 2011) tgk channel 104..Deco bersama Eric. Memang tertarik sngt nak cite ni...sebab...warnanya. mmg nak sngt rumah n semua brg2 wrna turquoise sebab warna ni bagi kedamaian dalam hati sy. Warna ni sngt cantik. dah jatuh hati dh kat warna ni. hiasan rumah ni pon mmg sesuai dgn perempuan lah.. :) Jatuh CINTA tgk kaler ni.... hrap2 dpt rumah y mcm ni nanti.... 

Friday 22 July 2011

::Bosan.::

Tips Untuk Menghilangkan Bosan di.......mana2 yang kita nak..

Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan.  ;)
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan  gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati hobi baru ini. Hobi baru yang seronok dilakukan sebab kita slalu lakukannya ketika kecil...hihi..engat x??
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di .......
Salah satu cara lain lagi untuk membuang-buang masa, tetapi berguna. Laman ini memungkinkan anda untuk meng-convert segala jenis unit kiraan ke dalam unit kiraan yang lain. Mungkin sangat menarik untuk mengetahui berat badan atau tinggi anda dalam kiraan yang aneh. Contohnya, berat badan saya bersamaan dengan 6 biji microwave oven…:P

Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring di ...... :P
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berseran. Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). Laman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya nanti anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda. :)

Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif.  Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosaur serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:
1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.
2. Jika anda melakukan satu sahaja kesalahan, maka anda harus mengulang kembali dari awal.

hihi.... :p

Tuesday 19 July 2011

Perlu tak janin diuruskan seperti mayat biasa..??

ADAKAH BAYI YANG GUGUR WAJIB DISOLATI?

Bayi yang gugur tidak perlu disolati kecuali jika ia
lahir dalam keadaan hidup, meskipun hanya beberapa minit.


Apa yang perlu dilakukan?
Kandungan yang belum sempurna atau keguguran ketika hamil memang ada berlaku. Keguguran itu kadang-kadang berlaku ketika kandungan itu berusia sebulan atau tiga bulan atau lima atau tujuh bulan. Janin yang gugur pula itu kadang-kadang telah sempurna tubuh anggotanya dan ada pula yang separuh sempurna.

Dalam keadaan begini, Islam telah memberi panduan cara mengurus dan menyempurnakan janin tersebut. Jika janin yang gugur itu terdapat padanya tanda-tanda bernyawa seperti bergerak ia dan bersuara ia, maka keguguran itu
hendaklah disempurnakan seperti lazimnya menyempurnakan mayat orang dewasa. Bererti keguguran itu mesti dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Jika tidak terdapat tanda bernyawa tetapi mempunyai bentuk manusia seperti kelihatan telinganya atau jari-jarinya atau apa jua anggota badannya, maka keguguran itu hanya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.

Jika tidak terdapat langsung apa-apa tanda sama ada bernyawa atau bentuknya, maka keguguran itu tidak wajib disempurnakan seperti lazimnya. Tetapi adalah digalakkan dan sunat hukumnya keguguran itu dibungkus dan kemudiannya ditanam sahaja.

WALLAHUALAM....

Perkara y perlu dilakukan selepas mengalami KEGUGURAN :-

1. Rehat selama tiga bulan (jangan hamil dulu…) 

2. Dalam masa tiga bulan ini makanlah makanan yang baik, berkhasiat dan seimbang
 

3. Perlu tenangkan fikiran
 

4. Banyakkan ibadah dan berdoa kepada Allah
 

5. Makan multivitamin dan folik acid secara terus menerus untuk mencegah daripada kecacatan janin
 

6. Jangan lupa setiap malam sebelum tidur bacalah surah Al-Fatihah dan ayat Al-Qursi
 

7. Juga jangan lupa membaca doa sebelum melakukan persetubuhan


8. Apabila mengandung di peringkat awal jumpalah dengan doktor pakar untuk mendapatkan rawatan sokongan bagi mencegah berlakunya keguguran yang berulangkali.

terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilakukan jika berlakunya keguguran. yang paling penting perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. dan sentiasa berfikiran positif kerana setiap apa yang berlaku sudah ketentuanNya dan redha... :)

penyebab / punca kepada keguguran

Faktor Pertama:
sebahagian besar wanita mengandung mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.

Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.

Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.
Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.

Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.

Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.

Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

Jenis-Jenis Keguguran

1. Threatened Abortion :

Ini mungkin hanya ancaman sahaja (threatened abortion). Sebenarnya janin masih hidup dan boleh membesar lagi. Pendarahan berlaku mungkin disebabkan oleh pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekanan fisikal dan mental, faktor kekurangan hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim. Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran.

2. Missed Abortion :


Keguguran jenis ini boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar sebagai missed abortion. Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung. Bila dibuat scanning ultrasound, biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi. Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D & C.

3. Complete Abortion :

Keguguran juga mungkin telah berlaku dengan sepenuhnya (complete abortion) di mana segala isi kandungan, uri dan janinnya telah keluar keseluruhannya daripada rahim. Biasanya pesakit akan merasai kesakitan yang amat sangat dan akan melihat ketulan darah dan tisu yang keluar daripada kemaluannya. Apabila dibuat pemeriksaan ultrasound scanning, rahim telah menjadi kosong daripada sisa-sisa kandungan.

4. Incomplete Abortion :

Keguguran juga mungkin tidak sempurna (incomplete abortion) di mana sebahagian sahaja daripada tisu kandungan telah keluar dan sebahagiannya tertinggal dalam rahim. Ini boleh disahkan melalui ultrasound scanning dan dalam keadaan ini biasanya rahim perlu dibersihkan melalui tatacara D & C.


kEgUgUrAN..


                                           KEGUGURAN

Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.
Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.


keguguran yang berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan
 Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.

Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.

Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.

Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran
menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.