Tips Untuk Menghilangkan Bosan di.......mana2 yang kita nak..
Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan.
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati hobi baru ini. Hobi baru yang seronok dilakukan sebab kita slalu lakukannya ketika kecil...hihi..engat x??
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di .......
Salah satu cara lain lagi untuk membuang-buang masa, tetapi berguna. Laman ini memungkinkan anda untuk meng-convert segala jenis unit kiraan ke dalam unit kiraan yang lain. Mungkin sangat menarik untuk mengetahui berat badan atau tinggi anda dalam kiraan yang aneh. Contohnya, berat badan saya bersamaan dengan 6 biji microwave oven…
Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring di ......
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berseran. Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). Laman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya nanti anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda.
Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif. Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosaur serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:
1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.
No comments:
Post a Comment