Tuesday, 19 July 2011

Perlu tak janin diuruskan seperti mayat biasa..??

ADAKAH BAYI YANG GUGUR WAJIB DISOLATI?

Bayi yang gugur tidak perlu disolati kecuali jika ia
lahir dalam keadaan hidup, meskipun hanya beberapa minit.


Apa yang perlu dilakukan?
Kandungan yang belum sempurna atau keguguran ketika hamil memang ada berlaku. Keguguran itu kadang-kadang berlaku ketika kandungan itu berusia sebulan atau tiga bulan atau lima atau tujuh bulan. Janin yang gugur pula itu kadang-kadang telah sempurna tubuh anggotanya dan ada pula yang separuh sempurna.

Dalam keadaan begini, Islam telah memberi panduan cara mengurus dan menyempurnakan janin tersebut. Jika janin yang gugur itu terdapat padanya tanda-tanda bernyawa seperti bergerak ia dan bersuara ia, maka keguguran itu
hendaklah disempurnakan seperti lazimnya menyempurnakan mayat orang dewasa. Bererti keguguran itu mesti dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Jika tidak terdapat tanda bernyawa tetapi mempunyai bentuk manusia seperti kelihatan telinganya atau jari-jarinya atau apa jua anggota badannya, maka keguguran itu hanya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.

Jika tidak terdapat langsung apa-apa tanda sama ada bernyawa atau bentuknya, maka keguguran itu tidak wajib disempurnakan seperti lazimnya. Tetapi adalah digalakkan dan sunat hukumnya keguguran itu dibungkus dan kemudiannya ditanam sahaja.

WALLAHUALAM....

No comments:

Post a Comment